Kelab Usahawan Tegar
Komuniti Usahawan Tegar Malaysia

Sila daftar dahulu, bagi membolehkan anda mengakses masuk ke dalam Laman Forum ini.

Kampung Melayu tergadai Images?q=tbn:ANd9GcRY4VYgDdKxN1HxXXtbJ_yExLX7rc6WCXhcyNInMy-ODZjkrfsAHQ

Hanya mereka yang berdaftar sahaja boleh menikmati segala kemudahan tanpa batasan.

Jom sertai kami........Percuma sahaja......iklankan perniagaan & bisnes anda disini.
Kelab Usahawan Tegar
Komuniti Usahawan Tegar Malaysia

Sila daftar dahulu, bagi membolehkan anda mengakses masuk ke dalam Laman Forum ini.

Kampung Melayu tergadai Images?q=tbn:ANd9GcRY4VYgDdKxN1HxXXtbJ_yExLX7rc6WCXhcyNInMy-ODZjkrfsAHQ

Hanya mereka yang berdaftar sahaja boleh menikmati segala kemudahan tanpa batasan.

Jom sertai kami........Percuma sahaja......iklankan perniagaan & bisnes anda disini.
Kelab Usahawan Tegar
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


Komuniti Usahawan Tegar
 
PortalHomeSearchLatest imagesRegisterLog in
Navigasi Cyber Biz
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search
SILA KLIK UNTUK RANK
BHO Malaysia Top Site Ranking
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
BHO Malaysia Top Site Ranking
BHO Malaysia Top Site Ranking
Bapakku. Fm
Kampung Melayu tergadai Images?q=tbn:ANd9GcTOOGudmaMsJ7mKDEfrmGa1yE-Ba6jDU4lz68PlWl4jSniqGav2
Latest topics
» Salam pengenalan dan persahabatan
Kampung Melayu tergadai EmptyWed Apr 22, 2015 11:40 pm by zynizam

» Salam Ukhwah dan Perkenalan
Kampung Melayu tergadai EmptyThu Aug 15, 2013 1:29 am by Hayati

» Budak Baru
Kampung Melayu tergadai EmptyWed Jan 30, 2013 3:59 am by kedaibiasa

» Salam perkenalan dari Jutawan
Kampung Melayu tergadai EmptyTue Sep 18, 2012 12:58 pm by Rizz One

» This is kedaieverlast 1st post. kenal kenalan.
Kampung Melayu tergadai EmptyTue Sep 18, 2012 12:56 pm by Rizz One

» Jvtl- Calling For 1st unofficial meeting (24th Sept 2012)
Kampung Melayu tergadai EmptyTue Sep 18, 2012 11:35 am by Rizz One

» Entrepreneur Hub (Mampukah menjadi realiti)
Kampung Melayu tergadai EmptyTue Sep 18, 2012 11:30 am by Rizz One

» kereta import mampu milik
Kampung Melayu tergadai EmptyMon Mar 19, 2012 2:15 pm by Rizz One

» Saintis jumpa haiwan seperti udang gergasi
Kampung Melayu tergadai EmptySat Feb 04, 2012 4:31 am by Rizz One

Usahawan Tegar Counters
Iklan Premium
Kampung Melayu tergadai Iklanck125
Iklan Premium
Kampung Melayu tergadai Iklanck125

 

 Kampung Melayu tergadai

Go down 
AuthorMessage
Rizz One
Admin
Admin
Rizz One


Posts : 167
Join date : 07/07/2011
Location : Kajang

Kampung Melayu tergadai Empty
PostSubject: Kampung Melayu tergadai   Kampung Melayu tergadai EmptySat Oct 01, 2011 4:29 am

Kampung Melayu tergadai Pix_gal1

Tanah didiami sejak 150 tahun dijual untuk projek rumah mewah

GEORGETOWN: Sebuah perkampungan Melayu tradisional, Kampung Bukit Kechil Sungai Nibong, di sini yang berusia 150 tahun bakal berkubur berikutan sebahagian tanah sudah berpindah tangan kepada pemaju untuk dibangunkan dengan projek perumahan mewah.
Setakat ini, dua lot tanah seluas 1.54 hektar menempatkan kira-kira 30 rumah sudah dijual kepada pihak pemaju. Kampung berkeluasan enam hektar itu secara keseluruhan menempatkan 200 rumah.
Difahamkan, pemaju menjanjikan bayaran RM70,000 bagi setiap rumah di tapak seluas 1.54 hektar yang sudah dijual itu, tetapi masih ada pemilik belum menerima bayaran walaupun sudah mengosongkan rumah sejak awal tahun lalu sebelum kerja merobohkan semua kediaman berkenaan dilakukan, disusuli kerja meratakan kawasan bermula awal tahun ini.

Berikutan kerja di dua tapak di kampung itu sudah bermula, penduduk mula merasa kesan dari aspek keselamatan, kerosakan jalan akibat kenderaan berat keluar masuk ke tapak projek itu selain mendakwa penggunaan jentera berat mengakibatkan paip air pecah dan proses pembaikan menimbulkan kerumitan.

Penduduk mendakwa, wakil pemaju kini giat memujuk baki pemilik tanah di kampung itu supaya menjual tanah masing-masing. Berikutan itu, Badan Bertindak Selamatkan Tanah Milik Melayu (BSTM) dan Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) menggesa kerajaan Pusat campur tangan memastikan tanah milik Melayu tidak terlepas.

Pengerusi TERAS, Mohd Azmi Abdul Hamid, berkata Kerajaan Pusat perlu campur tangan supaya kampung itu tidak dibangunkan dengan cara yang boleh menjejaskan pemilikan tanah oleh orang Melayu yang pasti tidak mampu membeli hartanah atau rumah lain di negeri ini kerana harganya tinggi.
“Kerajaan negeri dan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) juga perlu menyemak kembali pembangunan di kawasan itu supaya tidak menjejaskan jumlah penduduk Melayu, termasuk memantau urusan jual beli tanah di antara pemilik tanah dan pemaju,” katanya.

Penduduk, Osman Jaafar, 74, berkata pembangunan dilakukan tanpa mengambil kira penduduk awal menyebabkan banyak kampung Melayu terhapus dan penduduknya terpaksa berpindah.

“Saya berharap jika ingin memajukan kawasan ini, penduduk tidak diusir dan pihak berwajib dapat menjaga kepentingan orang Melayu supaya penempatan ini dikekalkan," katanya.

Siti Khadijah Osman, 60, berkata dia akan tetap tinggal di kampung itu kerana tidak mahu orang Melayu diusir dari tanah sendiri selain mempertahankan rumah warisan nenek moyangnya
Back to top Go down
https://usahawan-tegar.forumms.net
 
Kampung Melayu tergadai
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Kelab Usahawan Tegar :: Kopitiam :: Isu Semasa-
Jump to: