Kelab Usahawan Tegar
Komuniti Usahawan Tegar Malaysia

Sila daftar dahulu, bagi membolehkan anda mengakses masuk ke dalam Laman Forum ini.

Angkara jururawat cuai Images?q=tbn:ANd9GcRY4VYgDdKxN1HxXXtbJ_yExLX7rc6WCXhcyNInMy-ODZjkrfsAHQ

Hanya mereka yang berdaftar sahaja boleh menikmati segala kemudahan tanpa batasan.

Jom sertai kami........Percuma sahaja......iklankan perniagaan & bisnes anda disini.
Kelab Usahawan Tegar
Komuniti Usahawan Tegar Malaysia

Sila daftar dahulu, bagi membolehkan anda mengakses masuk ke dalam Laman Forum ini.

Angkara jururawat cuai Images?q=tbn:ANd9GcRY4VYgDdKxN1HxXXtbJ_yExLX7rc6WCXhcyNInMy-ODZjkrfsAHQ

Hanya mereka yang berdaftar sahaja boleh menikmati segala kemudahan tanpa batasan.

Jom sertai kami........Percuma sahaja......iklankan perniagaan & bisnes anda disini.
Kelab Usahawan Tegar
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


Komuniti Usahawan Tegar
 
PortalHomeSearchLatest imagesRegisterLog in
Navigasi Cyber Biz
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search
SILA KLIK UNTUK RANK
BHO Malaysia Top Site Ranking
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
BHO Malaysia Top Site Ranking
BHO Malaysia Top Site Ranking
Bapakku. Fm
Angkara jururawat cuai Images?q=tbn:ANd9GcTOOGudmaMsJ7mKDEfrmGa1yE-Ba6jDU4lz68PlWl4jSniqGav2
Latest topics
» Salam pengenalan dan persahabatan
Angkara jururawat cuai EmptyWed Apr 22, 2015 11:40 pm by zynizam

» Salam Ukhwah dan Perkenalan
Angkara jururawat cuai EmptyThu Aug 15, 2013 1:29 am by Hayati

» Budak Baru
Angkara jururawat cuai EmptyWed Jan 30, 2013 3:59 am by kedaibiasa

» Salam perkenalan dari Jutawan
Angkara jururawat cuai EmptyTue Sep 18, 2012 12:58 pm by Rizz One

» This is kedaieverlast 1st post. kenal kenalan.
Angkara jururawat cuai EmptyTue Sep 18, 2012 12:56 pm by Rizz One

» Jvtl- Calling For 1st unofficial meeting (24th Sept 2012)
Angkara jururawat cuai EmptyTue Sep 18, 2012 11:35 am by Rizz One

» Entrepreneur Hub (Mampukah menjadi realiti)
Angkara jururawat cuai EmptyTue Sep 18, 2012 11:30 am by Rizz One

» kereta import mampu milik
Angkara jururawat cuai EmptyMon Mar 19, 2012 2:15 pm by Rizz One

» Saintis jumpa haiwan seperti udang gergasi
Angkara jururawat cuai EmptySat Feb 04, 2012 4:31 am by Rizz One

Usahawan Tegar Counters
Iklan Premium
Angkara jururawat cuai Iklanck125
Iklan Premium
Angkara jururawat cuai Iklanck125

 

 Angkara jururawat cuai

Go down 
AuthorMessage
Rizz One
Admin
Admin
Rizz One


Posts : 167
Join date : 07/07/2011
Location : Kajang

Angkara jururawat cuai Empty
PostSubject: Angkara jururawat cuai   Angkara jururawat cuai EmptySat Feb 04, 2012 3:25 am

Angkara jururawat cuai Pix_middle

KOTA KINABALU: Pilu hati sepasang suami isteri apabila anak mereka berusia dua tahun yang dirawat di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) selepas menjalani pembedahan membuang tumor dalam otak, kini kritikal dan didakwa akibat kecuaian jururawat.

Bapa kanak-kanak itu, Laifi Joseph, 42, mendakwa seorang jururawat tersilap memasukkan cecair dipercayai susu ke saluran darah anaknya, Fiebienly Laifi di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas, di sini, empat hari lalu.


Menurutnya, anak perempuannya yang juga orang kelainan upaya (OKU) baru selesai menjalani pembedahan dan kimoterapi selepas disahkan menghidap tumor dalam otak.

“Saya kesal dengan sikap jururawat itu yang cuai ketika menjalankan tugas sehingga nyawa anak saya terancam,” katanya ketika ditemui Harian Metro, di hospital itu, semalam.


Menurutnya, kejadian itu disedari kira-kira jam 7 pagi pada 1 Februari lalu ketika dan dan isteri melawat Fiebienly yang ditempatkan di PICU.


“Kami terkejut apabila mendapati tiub di bahagian ketiak kiri Fiebienly yang biasanya menyalurkan ubat dipenuhi cecair seperti susu, manakala lengannya mulai membiru,” katanya.



Laifi berkata, dia terus memanggil doktor bertugas ketika itu dan pegawai perubatan itu kemudian mengarahkannya keluar dari wad untuk membolehkan pemeriksaan dilakukan.


Katanya, mengikut prosedur setiap jam 6 pagi atau selepas tiga jam anaknya akan diberikan susu.

“Saya yakin jururawat tersilap memasukkan susu di saluran yang tidak betul kerana biasanya makanan hanya disalurkan melalui tiub yang dimasukkan melalui hidung.


“Selepas kejadian itu, ada doktor dan pihak pengurusan menemui saya dan menyatakan permohonan maaf di atas kesilapan itu,” katanya.


Menurutnya, apa dikesalkan kini pihak hospital seolah-olah cuba menyembunyikan kesilapan itu dan berdolak-dalih.


“Saya mahu tahu siapa individu yang bertanggungjawab dan dia perlu meminta maaf secara berdepan dengan saya kerana ia membabitkan nyawa manusia.


“Apatah lagi, anak saya baru berusia dua tahun dan OKU pula,” katanya yang ‘menetap’ di hospital berkenaan sejak tiga bulan lalu.


Laifi berkata, selepas kejadian terbabit, dia mendapati tubuh anaknya semakin susut.


“Walaupun doktor menyatakan anak kami tiada sebarang masalah akibat kejadian itu, kami tetap bimbang kerana perubahan berat badan agak ketara,” katanya.


“Anak kami baru saja menjalani pembedahan dan masih dalam keadaan lemah, berlaku kejadian ini pula,” katanya.


Sehubungan itu, Laifi membuat aduan kepada pihak hospital mengenai perkara itu kerana bimbang kemungkinan berlaku kejadian tidak diingini pada masa depan.


“Saya juga sudah membuat laporan polis kerana bimbang sekiranya berlaku sebarang masalah terhadap anak kami selain hospital tidak mahu bertanggungjawab,” katanya yang turut mempertimbangkan mengambil tindakan undang-undang.


Ibu mangsa, Debbie Lee, 25, mendakwa individu yang melakukan kesilapan itu tidak pernah bertemu suami atau dirinya meminta maaf.


Sementara itu, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin ketika dihubungi, memberi jaminan pihaknya akan melakukan siasatan terperinci mengenai perkara itu.


“Ini kes serius kerana membabitkan kecuaian. Saya akan meminta hospital itu memberi laporan penuh kejadian sebelum sebarang tindakan diambil,” katanya.

sumber: http://www.hmetro.com.my/articles/Te...uksusu/Article
Back to top Go down
https://usahawan-tegar.forumms.net
 
Angkara jururawat cuai
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Kelab Usahawan Tegar :: Kopitiam :: Isu Semasa-
Jump to: